2007 Penang 12 hours walk 檳城十二小時競走
Arena: 800 sertai lumba jalan kaki antarabangsa:
PERTANDINGAN Lumba Jalan Kaki Antarabangsa Pulau Pinang 2007 kali keempat menyaksikan penyertaan 800 peserta tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07) yang akan berlangsung di Padang Kota Lama pada 24 dan 25 November depan. Koordinator kejohanan, Khoo Chong Beng, berkata acara lumba jalan kaki selama 12 jam itu akan bermula kira-kira jam 8 malam (24 November) dan berakhir 8 pagi keesokannya.
"Sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan pada kejohanan itu iaitu lelaki terbuka, lelaki veteran, lelaki senior veteran, wanita terbuka, wanita veteran, wanita senior veteran dan dua kategori berpasukan," katanya.
Hadiah bagi setiap kategori individu ialah RM500 untuk johan, naib johan (RM300), tempat ketiga (RM200), keempat, kelima dan keenam (RM100). Bagi acara berpasukan, johan bakal membawa pulang wang tunai RM600, manakala naib johan (RM400) dan tempat ketiga (RM300).
Maklumat lanjut mengenai acara itu boleh diperolehi dengan menghubungi Koordinator acara, Khoo Chong Beng di talian 012-2007716 atau Persatuan Atlit Veteran Pulau Pinang, Tingkat 5, Wisma Penang Garden, 42, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Labels: Penang 12hours walk 2007

<< Home